Apa itu Capture the Flag?
Kini, pertandingan capture the flag sudah tidak asing lagi dalam kalangan pelajar jurusan sains komputer di Malaysia. Pertandingan CTF dilihat menjadi suatu kepentingan kepada peminat-peminat sekuriti siber untuk meningkatkan kemahiran teknikal mereka. Demi mencapai tujuan itu, pertandingan CTF telah banyak dianjurkan pelbagai Institusi pendidikan termasuk Universiti awam di Malaysia. Namun, ramai yang masih tertanya-tanya apakah CTF? Capture The Flag atau akronimnya, CTF merupakan sejenis permainan sekuriti siber yang mencabar peserta untuk mendapatkan flag dalam pelbagai jenis cabaran. Secara umumnya, pertandingan CTF terbahagi kepada tiga jenis iaitu Jeopardy-style , Attack-defence dan Mixed.
Jeopardy-style
Jeopardy-style merangkumi kategori web, cryptography, forensics, reverse engineering, binary exploitation, steganography, programming, boot2root sebagainya. Setiap tugasan mempunyai mata yang berlainan dan peserta perlu menyelesaikan tugasan sebanyak yang mungkin untuk mengumpul jumlah mata. Peserta yang berjaya mengumpul mata terbanyak bakal merangkul gelaran juara.
Attack-defence
Attack-defence pula sejenis pertandingan CTF yang berkonsepkan dua hala iaitu pertahanan dan penyerangan yang mana peserta perlu menyerang musuh dan memperketatkan sistem pertahanan dalam waktu yang sama. Agak intense kan? Konsep permainannya juga hampir sama dengan battle royale game, iaitu sebuah kumpulan yang berjaya bertahan sehingga tamat pertandingan dikira juara.
Peserta dalan kategori ini akan dibekalkan dengan satu host atau cloud machine untuk dilindungi. Sekiranya sesebuah pasukan digodam pasukan lain, mereka akan tersingkir dalam perlawanan.
Mixed
Dalam pada itu, Mixed CTF secara asasnya adalah permainan CTF yang merangkumi semua jenis kategori termasuk Jeopardy-style dan Attack-defence.
Bagi yang ingin cuba menceburi dalam permainan Capture the Flag, anda boleh mulakan perjalanan dengan mempelajari asas permainan. Berikut merupakan platform atau medium yang anda boleh cuba;
Sebenarnya banyak lagi CTF platform yang wujud dalam dunia siber. 👀